JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Monday, May 23, 2011

Warkah Untukmu




         Papa… mama minta maaf… Perjumpaan kita tadi mungkin perjumpaan yang terakhir untuk hubungan kita. Mama harap apa yang mama nak katakan nanti papa dapat terima tanpa ada sebarang perasaan dendam pada mama satu hari nanti..



            Papa… setelah mama fikirkan sedalam-dalamnya… kita tak patut teruskan hubungan ni. Mama sedar yang hubungan kita ni hubungan yang terlarang. Kita dah terlalu jauh menyimpang daripada apa yang sepatutnya kita tak boleh buat. Papa sendiri tahu status diri mama. Mama masih ‘isteri orang’… Disebabkan kesedaran mama inilah yang mendorong mama buat keputusan ni. Mama tak nak terlajak lebih jauh dan kita sama-sama terus melakukan dosa…Bukan mudah untuk mama membuat keputusan ini. Sudah lama mama fikirkan tentang perkara ni, tetapi sekarang baru mama mendapat kekuatan.



            Keputusan mama ni tak ada terpengaruh daripada sesiapa pun. Ini adalah keputusan mama sendiri. Tentang jodoh mama dengan dia, biarlah Allah yang tentukan. Mama tak harapkan apa-apa pada dia. Kalau jodoh kami kuat, kami akan terus bersatu… Kalau satu hari nanti mama di takdirkan tidak bersama dengan dia, mama redha… Mama bersedia untuk segala kemungkinan. Begitu juga papa dengan dia…. Mama dah dengar sendiri luahan hati papa. Mudah-mudahan sisa-sisa kasih sayang papa yang ada pada dia dapat di semai kembali… Mama harap niat papa untuk bersatu semula dengan dia sebelum wujudnya mama akan menjadi kenyataan selepas ini. Kalaupun bukan untuk  papa dengan dia, tapi demi kakak…  Papa… tolong sampaikan salam sayang peluk cium rindu mama pada kakak. Mama minta maaf sebab tak sempat nak kenal kakak dan bertemu muka dengan kakak lebih rapat. Walau bagaimanapun, mama tetap sayang kakak…




            Papa… walaupun hubungan kita hanya sekejap, tapi kita terlalu banyak kenangan bersama. Kenangan inilah yang akan mama simpan di dalam kotak memori mama. Terima kasih kerana pernah mencurahkan kasih sayang pada mama. Pernah menjadi orang yang penting dalam hidup mama. Pernah membahagiakan mama walaupun untuk seketika. Tetapi bagi mama ia terlalu besar ertinya…



            Mama harap hubungan kita ini akan menjadi pengajaran pada mama supaya mama tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi suatu hari nanti. Pengajaran ini telah mendewasakan mama… Selepas ini kalau papa sudi terima mama sebagai seorang sahabat, mama teramat-amat berbesar hati… tapi kalau kehadiran mama selepas ini  tidak menyenangkan atau mengganggu fikiran papa, mama tak akan ganggu papa lagi…






            Papa… mama minta papa halalkan segala yang mama termakan, terminum, terpakai dan segala-galanya selama kita kenal… Segala apa yang pernah mama bagi pada papa mama halalkan dunia dan akhirat… Sekali lagi mama minta maaf seandainya warkah mama ini telah menyinggung hati papa… Mama terpaksa melakukannya sayang walaupun sebenarnya hati mama pedih…



         Izinkan mama untuk meluahkan kata-kata ini untuk terakhir kalinya. Sayang… mama terlalu-lalu menyayangi sayang… tapi keadaan kita tak mengizinkan untuk kita teruskan hubungan ini. Seandainya satu hari nanti kita ada jodoh, kita akan bersatu kembali. Ingatlah… namamu akan mama kenang sebagai suatu memori yang terindah dalam hidup mama…




Salam sayang dari MAMA.