JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Wednesday, October 31, 2012

JANGAN LAYAN


Agak bosan gak ar kan aku dok sorang2 kt ofis ni.. mendap giler kot x taw nk wat apa... idea pn terperap x mau kluar so apa yg jadi coretan merepek aku jer la yg timbul... apa yang aku tulis ni semua ikut kepala hotak aku jer nk tulis apa.... klu rasa2 agak boring jangan layan coz sumpah x bermanfaat dan berfaedah...

sekian dulu dr aku yg kebosanan tahap gaban.....



Wednesday, August 29, 2012

Sunyi











Sunyi..
Siapa yang mengerti..
Sepi..
Siapa yang memahami...

Ada terbit rasa kecewa....
Lebih baik ku pendam saja..
Andai di luahkan bimbang kan menjadi binasa...

Pedih..
Jangan di tanya mengapa....
Sakit....
Hanya sendiri yang menanggungnya...
Perit...
Tidak terhitung rengatnya...

Andai ada yang memahami..
Terbit rasa untuk menghargai..
Jika ada sinar cahaya yang menerangi...
Akan ku tadah tangan tanda mensyukuri...
Walau apa jua yang mendatangi...
Terus pasrah dan meredhai..
Kerana ku tahu ini adalah ujian Ilahi.....









Tuesday, May 22, 2012

Khas Buat Anakku















Anakku....
Andai kau tahu betapa besarnya kasihku padamu
Betapa dalamnya cintaku untukmu
Tidak terhitung sayangku padamu
Andainya nyawaku jadi taruhan
Tanpa teragak sanggup ku gadaikan

Anakku....
Ketika kau ku kandung
Perut ku gendong
Ku belai ku usap dikau
Walau tidak dapat ku sentuh
Hatiku dan hatimu bertaut
Di ikat dengan kasih sayang yang tiada terputus

Anakku...
Saat kelahiranmu tiba
Sakit yang ku rasa tidak terkata
Hati berasa hiba kerana tidak sabar untuk menatapmu buat kali pertama
Walaupun ku bertarung nyawa
Tidak ku hiraukannya
Untuk nikmat kau melihat dunia

Anakku....
Pabila kau meningkat dewasa
Adakah aku akan kau lupa
Di biarkan sendiri tanpa berita
Sengsara merindui anak yang jauh di sana
Tanpa menjengah bertanya khabar
Ibumu menunggu penuh sabar
Menantikan akan ada sinar khabar

Anakku....
Ketahuilah olehmu
Tiada yang lebih bermakna
Melainkan anugerah memilikimu
Bukan wang dan harta yang ku tunggu
Bukan juga balasan pengorbananku mendidik dan membesarkanmu
Cuma ingatlah bahawa aku adalah IBUMU.....




Nukilan Khas Buat Anak-Anak Mama
**Amirul, Amira dan Ammar**


Wednesday, February 22, 2012

Aku Tahu....
















Aku tahu.....
Apa yang aku rasa ini benar
Aku tahu.....
Apa yang aku lakukan ini betul
Aku tahu.....
Aku perlu berusaha dan yakin untuk kehidupan yang lebih baik
Aku tahu.....
Aku tak harus patah semangat demi insan tersayang
Aku tahu.....
Setiap kebahgiaan memerlukan pengorbanan walaupun ianya perit
Dan aku tahu.....
Sesuatu yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi
Dan aku juga pasrah.....
Dengan ketentuan Ilahi




Friday, January 27, 2012

Himpunan Kata-Kata Mutiara.

Saja nak share kata-kata mutiara ini pada semua. Mungkin boleh di ambil sebagai renungan pada diri kita semua.



1. Jika kau merasa kecewa pandanglah ke sungai,
    Airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
    Jika kau merasa sedih pandanglah ke langit,
    Kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.

2. Kadang kala sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita dan kala itu kita hanya pasrah.

3. Cinta kepada bunga, bunga akan layu,
    Cinta kepada manusia, manusia akan mati,
    Cinta kepada Allah, adalah cinta abadi.

4. Hanya memerlukan seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi mengambil waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

5. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

6. If sweet thought can make the world,
    A more beautiful place,
    I wish lots of them for you on positive thiking day.

7. Apabila anda kaya, fikirlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

8. Baik kaya adalah kaya hati,
    Sebaik-baik bekal adalah taqwa,
    Seburuk-buruk buta adalah buta hati,
    Dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.

9. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

10. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, di baling dengan batu di balas dengan buah.

11. Barang sesiapa takut kepada Allah S.W.T. nescaya tidak akan dapat di lihat kemarahannya, dan barang sesiapa takut kepada Allah S.W.T. , tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

12. Hidup tenang di peroleh jika sentiasa bersama Allah, dan Allah hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

13. Hidup perlu pengorbanan,
      Pengorbanan perlukan perjuangan,
      Perjuangan perlukan ketabahan,
      Ketabahan perlukan keyakinan,
      Keyakinan menetukan kejayaan,
      Kejayaan menentukan kebahgiaan.

14. Then when you have take a decision,
      Put your trust in Allah,
      Certainly, Allah love those put their trust in Him.

15. Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkanlah 'LAILAHAILLALLAH'.
   




Thursday, January 26, 2012

Kehebatan Tubuh Manusia.

Tahu tak korang semua bahawasanya organ dalaman kita terlalu istemewa ciptaannya oleh yang maha Esa sehinggakan tak terjangkau akal kita begitu hebatnya Dia mencipta kita sedangkan kita yang menggunakannya setiap masa tidak menyedarinya. Di sini aku nak share sikit antara kehebatan organ dalaman yang di anugerahkan oleh-Nya kepada kita.


  • Bunyi yang di keluarkan apabila anda mematahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah di sebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempuh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9m.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempuh seminit.
  • Ketika bersin organ dalaman badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah celcius.
  • Jika anda menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  • Jika usus kecil seseorang manusia di leraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian orang itu.
  • Kita akan menjerit serta merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga 4 galen sehari. Tetapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.
  • Lelaki 6 kali lebih mudah di panah petir berbanding wanita.
  • Berat otak manusia hanya 2% daripada berat badan manusia tetapi ia menggunakan 25% oksigen yang di sedut semasa berehat atau tidur.
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia di cantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot di gunakan untuk senyum.








So, jangan kedekut dengan senyuman.

***  ^_^  ***







Thursday, January 19, 2012

Keindahan Lautan Tuhan.


Tadi dalam-dalam aku dok menung apa nak di tulis dalam entri untuk kali ni, aku bertanya pada salah sorang adik kesayang aku. Apa yang dia paling suka tengok. Tak kisah la apa-apa benda dan perkara pun. It's general....

Tiba-tiba dia cakap dia suka 'LAUT'.... 
Ya... laut memang mendamaikan. Kadang-kadang kita rasa laut pun pandai meluahkan ekspresinya sendiri. So apa kata kita layan sedikit gambar yang mungkin ada sedikit ketenangan pada pandangan mata kita.





 Di dalam keadaannya tenang dan kita melihatnya akan merasa damai dan nyaman.





Adakalanya laut itu nampak bergelora seolah-olah laut itu kelihatan gelisah. Seperti hati manusia yang tak pasti apakah perasaan yang nak di luahkan. Sama ada berdiam atau pun meluahkan segala-gala yang terpendam.





Lebih menggerunkan apabila laut itu mengeluarkan kemarahannya. Manusia juga akan ketakutan.





Pulau di tengah-tengah laut. Kadang-kadang ada sesetengah dari kita suka memomok-momokkan bahawa pulau di tengah laut ni kadang-kadang berpuaka. Seperti yang selalu di tayangkan di dalam filem. Tapi tahukan bahawa banyak khazanah dan kehidupan yang tak terduga oleh kita berada di sana.





Alangkah indahnya suasana begini apabila pasangan melihat suasana bulan 'di tenggelamkan' oleh air laut. Tambah-tambah lagi pasangan suami isteri yang sukakan suasana yang romantik. So sweet... ^_^





Yang ni aku tak pasti sama ada ada atau pun tidak.... 
Agak-agak korang....??? 









Dan yang ini pula adalah khazanah-khazanah yang ada di dasar laut bumi kita. Cantik kan..? 
Sungguh besar ciptaan Tuhan. Semuanya indah-indah belaka. Tiada yang cacat sedikit pun.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada aku melihat keindahan dan kebesaran-Mu.



Aku buat entri kali ini khas pada salah seorang adik kesayangan ku. 



"NOOR AFIDATUL AKMA"

Hope u like it. Love u dear.... : )



Wednesday, January 18, 2012

Baju-baju pelik.


Hari ni aku nak share sikit ngan korang semua pasal pakaian pelik. Bukan pelik-pelik biasa tapi pelik yang teramat-amat pelik..... Nak Tengok.....??? Jommm... hehehe..... 





Baju ni di perbuat daripada belon.... 
Kalau la pecah belon ni aduyai sakitnyer... huhuhu






Baju ni lak di perbuat daripada buih....
Korang leh terfikir ker nak pakai baju buih ni... 
Tiup sekali semuanyer terbang.... Agaknyer diorang wat baju ni just tiup belon kat badan model ni jer kot... hehehe






Yang ni lagi la giler.... Baju di perbuat daripada cebisan daging.....
Sanggup ker korang pakai.... Kalau aku sorry la.....
Silap-silap leh bawa badi aku di buatnyer... huhuu






Ni satu hal lagi.... Baju di perbuat daripada daun dan bunga....
Baju ni setakat sehari leh la pakai.... Nak simpan esok silap-silap daun dengan bunga tu pun dah kering agaknyer... 






Baju ni di perbuat daripada kain biasa. Cuma design dia saja di buat begitu seolah-olah telah digigit tikus.
Itu informtion yang aku dapat la.... Pas ni mana tau kot-kot ada orang yang nak buat design baju seolah-olah digigit manusai pulak kan... huhuu






Baju ni di perbuat daripada origami... Korang tau tak maksud origami..??
Ok la.... pada mereka yang tak tahu origami tu perkataan daripada jepun...
"Ori" bermaksud lipatan dan "gami" pula bermaksud kertas....
So... maksudnya baju ni telah diperbuat daripada seni lipatan kertas....






Baju renang atau pun bikini..... Tak ker orang yang memakainya rasa pelik.
Aku tengok dah macam ikan buntal 'shocked' jer... hehehe



Ini adalah antara baju-baju pelik yang dapat aku share ngan korang-korang semua.....
Hope enjoy.... ^_^