JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Saturday, December 18, 2010

Ziarah Abah

            Pagi tadi  aku dengan mak pergi ziarah kubur arwah abah kat Tanah Perkuburan Changkat Belengkor.
Rasa macam lama lak tak jenguk kubur arwah abah. Pada hal baru 3-4 bulan yang lepas kitorang jeguk kuburnya. Tadi aku ngan mak pergi jenguk kubur abah,  saja la nak tengok lama tak jengukkan.
            Masa kitorang pegi tadi, aku tengok rumput penuh naik atas kubur arwah abah. Sedihnya aku tengok...
Mak ngan adik aku sorang lagi tu ada ikut sekali, dia la yang tolong bersihkan rumput yg ada atas kubur tu.
Aku pulak tak dapat ikut sekali masuk ke dalam kawasan perkuburan tu sebab aku period. Lepas bersihkan kubur arwah abah, mak ajak pergi tempah batu ninsan yang di perbuat daripada batu sungai. Orang kata kalau batu sungai ni sejuk. Wallah hu'alam.... Aku ikut jer kata orang-orang tua yang mana elok.
            Aku pergi bawak mak kat Simpang Pulai tempat orang tempah batu ninsan. Mungkin dalam minggu depan siap la kot. Rasa dah lega la sikit batu ninsan untuk arwah abah dah tempah. Cuma akan datang ingat nak buat bina pulak untuk arwah abah. Bina kitorang tak buat sekali sebab mahal sangat. Harganya dalam RM800. Tapi insya Allah kitorang akan buat jugak bina cadangnya nak buat warna hijau sebab itu warna kegemaran arwah abah.....
            ok la, aku ada hal jap ni.... See u next time.......

Thursday, December 16, 2010

Promosi aksesori mutiara kristal Sabah

Lama rasanya aku tak update blog.....Bukan saja nak tinggal blog nie tapi dalam seminggu dua nie aku memang bz sangat2. Sekarang nie aku tengah nak buat busnes aksesori mutiara dan kristal sabah. Baru nak try2 mana tau kot2 ada rezki aku di sini.... cuba je la kan.... Mudah-mudahan ok.


Pada sesiapa yang nak tengok aku ada buat di dalam FB di atas nama..... 'pearlscristal liteshop'.....jenguk2 la ya...hehehehe Semua barang 100% di ambil daripada sabah. Pelbagai corak, bentuk dan harga boleh di dapati...
Sekarang ni tengah buat jualan promosi.....

Selamat bershoping.... hehehehehe

Friday, December 10, 2010

Tak Ada Mood



Pasal 2-3 hari ni aku tak ade mood je ek.......
Maybe aku tak sihat lagi kot. Tak pernah lagi aku demam sampai lama macam nie.....
Pagi masa nak siap kerja nampak macam ok, tapi bila dah naik tengahari..... mulalah badan jadi seram sejuk. Agaknya aku dok dalam aircond kot, tu yang buat suhu badan jadi tak menentu. 
Ni pun rasanya macam dah lama aku tak up date blog. 
Bilalah aku nak baik nie..... Oklah. aku dah tak ada mood dah ni. 
Lain kalilah jumpa pulak ek....

Wednesday, December 08, 2010

Apalah Nasib...Handphone Aku Hilang

            Nasib-nasib...... Dah la aku tak sihat hari nie. Handphone pula hilang. Silap aku juga, aku cuai..... Tadi aku kerja halfday. Masa pergi kerja naik kereta aku letak handphone aku kat atas meter depan cermin kereta. Kononnya kalau ada sesiapa call senang la aku nak angkat phone. Sampai jer ofis aku parking kereta depan ofis coz pintu kereta bahagian driver tak boleh log. Kalau apa-apa hal leh nampak. Dengan selamba aku keluar kereta dengan tak cek apa-apa dulu terus masuk ofis. Ye la, masa tu pun kepala aku rasa berat sikit biasa la orang tak sihat.
            20 minit lepas tu baru aku teringat handphone tertinggal dalam kereta. Apa lagi... dalam tak sihat tu kelam-kabut la aku pergi dekat kereta nak ambil handphone. Sampai kat kereta, aku tengok-tengok handphone dah tak ada. Jenuh aku cari dalam kereta, tak jumpa. Aku masuk ofis aku try call handphone aku. Tapi yang aku dengar hanyalah peti pesanan suara. Aduyai.... dah selamat la handphone aku kat tangan si pencuri. Apa nak di kata, termenung jer la. Nak marah ker, nak nangis ker bukannya dapat balik handphone tu. Nampaknya lepas ni terpaksa la aku kena cari handphone baru. Hhhuuuuuu..... Nasib badan...... (!_!)


Aduyai... Aku Demam Pula

Adui.....Tak larat sangat rasanya hari nie. Ingat nak jaga baby demam semalam, aleh-aleh aku yang demam sampai tak boleh bangun...huhuhuhu. Tapi nasib baik la semalam aku cuti Awal Muharam dan Syafi baby aku pun dah sihat. Dapat la aku rehat.....Sampai semalam aku  nak up date blog pun tak larat sangat-sangat. Ingat hari nie aku nak keje half day cadangnya. Itu pun kalau bos aku bagi. Try je la apply kan... uuuummm. Ok la.... aku nak taip banyak-banyak pun tak larat nie. Sakit badan-badan aku tahan sejuk. Dah la duduk dalam aircond. Berlapis-lapis baju aku pakai sejuk juga. So, see you next time.... *~*



Monday, December 06, 2010

Baby Aku Demam

      

            Anak aku Syafi yang umur 6 bulan tu demam sekarang ni. Kesian dia..... semalam dah nampak macam tak berapa sihat. Tapi dah bagi makan ubat semalam. Risau jugak takut melarat. Mungkin semalam banyak berjalan pergi rumah kenduri pastu pergi pulak rumah tok sedara dia kat Chemor. Berjalan jauh sampai demam-demam dia. Lepas itu malam tadi dia tak boleh tidur. Asyik meragam aja..... bagi susu tak nak, bagi puting pun tak nak. Anak aku dah tak minum susu badan.... Sampai aku sendiri tak tau nak buat macam mana. Aku pujuk-pujuk la dia, gosokkan badan dia bagi reda sikit nangisnya. Last-last dia tertidur dalam keletihan menangis.... Kesian dia....tak sampai hati aku tengoknya.... = (
           Aku ingat hari ni nak ambik cuti. Tapi member satu pejabat aku pulak cuti kawen tak start kerja lagi. So tak ada orang boleh ganti, terpaksalah aku kena datang kerja juga. Masa kerja aku kerap call emak tanya Syafi macam mana, ok sikit ke? Alhamdulillah emak aku kata nampak kurang sikit panas badan dia. Lega sikit aku dengarnya.... Kalau tak, tak senang duduk aku di buatnya di pejabat ni.
           Petang ni lepas balik kerja bolehlah aku jaga anak aku pula. Nasib baik esok cuti Awal Muharam. Dapat lama sikit duduk dengan keluarga. Boleh aku bagi tumpuan pada Syafi.... Mudah-mudahan esok Syafi sihat sepenuhnya. Tak sabar nak main dengan dia. Tengok gelagat dia sangat menghiburkan hati aku.... Sekarang ni dia dah pandai menirap. Dah pandai angkat dada dengan punggung. Tergaya-gaya macam nak merangkak. Orang kata, dia demam maybe nak pandai merangkak kot. Entah la... Apa-apa pun aku nak Syafi cepat-cepat sembuh.... Nak tengok dia ceria seperti sedia kala. "Syafi.....cepat sembuh ya sayang.... nanti boleh main dengan mama..".


Kenduri....

    
           Ni saja aku nak cerita pasal yang aku confuse nak pergi kenduri yang mana satu semalam. Sama ada nak pergi rumah member aku si Rizal tu kawen ke atau rumah saudara aku bertunang. Nak tau macam mana kesahnya.... Jom baca kat sini.....
           Ceritanya bermula begini..... Pagi tadi aku tunggu la opah kononya nak pergi sekali.... Padahal semalam aku dah pesan pada opah kalau nak pergi, sebelum siap bagi tau la kitorang ...... boleh la kitorang siap sekali. Tak la kelam kabut sangat nak siapnya nanti...... Rumah kitorang dengan rumah opah tu sebelah menyebelah jer. So pagi tadi aku tunggu punya tunggu....tak ada pulak opah datang ke rumah bagi tau nak bersiap pergi. Aku tak tau diorang nak gerak pukul berapa. Jam dah menunjukkan pukul 10pg. Last-last aku tanya mak aku diorang nak pergi pukul berapa? tak datang pun bagi tau.... Mak aku pun pergi la ke rumah opah. Balik jer dari rumah opah mak aku pun cakap suruh siap cepat. Opah kat sana semua dah siap cuma nak tunggu anak opah Pak Cik Zul jer nak datang. Aku pun "angin" la sikit (sikit jer...huhuhuhu) Tak pasal-pasal kitorang kene siap kelam-kabut. Aku nie memang pantang wat kerja last minit. Tapi ok la... dan la jugak kitorang bersiap sementara nak tunggu Pak Cik Zul datang.

            Rumah sepupu aku tu kat Kelebang Ria. Tu la first time aku sampai kat rumah dia. Rumah tu dia beli dengan tunang dia. Ok la kan.. sudah ada perancangan dan aset masa depan. Bagus3..aku suka...hehehehe
Sampai kat sana, sempat la aku ambil gambar dengan dia sekeping dua buat kenangan. Pastu aku makan-makan. Siap aku ngan family aku makan, tengok jam dah pukul 2ptg lebih. Aku pun minta diri la dengan tuan rumah nak balik. Kononnya lepas ni nak berkejar la pulak ke rumah Rizal. Aleh-aleh aku teringat mak aku ada bagitau nak singgah ker rumah abang dia (bapak sedara aku) kat Chemor. Alang-alang dah sampai sana aku pun pegi la singgah ker rumah bapa sedara aku. Dok menyembang-nyembang sambil layan tv, tak sedar hari dah pukul 4ptg lebih. Aku pun gerak balik.....sampai kat rumah jam dah pukul 5ptg. Nak pergi rumah Rizal pun dah lewat sangat. Segan la pulak rasanya.
             Pastu malam tadi aku singgah ke kedai makan family member aku. Anak-anak ngan adik-adik aku nak makan bugger pulak. So aku belikan la. Sementara tunggu bugger siap, member aku ajak pergi rumah Rizal. Mula tu aku segan la jugak. Yer la... malas la nak kacau diorang. Mesti diorang penat nak rehat. Tapi member aku ajak jugak. So aku follow jer la. Tapi ok jugak, setidak-tidaknya aku pergi jugak walaupun malam kan. At least, aku dapat juga jumpa diorang....huhuhuhuhu.... Lepas jugak la hajat aku nak pergi jumpa diorang berdua. Bahagia nampak... seronok aku tengoknya.... Mudah-mudahan bahagia hingga ke akhir hayat.

Sunday, December 05, 2010

Hobi


            Setiap orang pasti ada hobinya yang tersendiri bukan? Begitu juga dengan aku. Hobi aku suka menulis. Tak kisah menulis pasal apa-apa saja. Pendapat, pandangan, luahan isi hati dan sebagainya. Apa yang terlintas di fikiran aku yang boleh di kongsi bersama, akan aku taipkan di dalam blog ini. Sekurang-kurangnya aku boleh berkongsi cerita dengan orang lain. Kalau orang suka alhamdulillah... kalau tak suka pulak aku tak kesah.




            Selain daripada itu, aku juga suka berangan....hehehehe. Itu pun salah satu hobi aku. Aku suka berangan yang suatu hari nanti aku akan menjadi salah seorang usahawanita yang berjaya....huhuhuhu. Boleh beli rumah besar, kereta besar, melancong dalam dan luar negara bawa family dan paling penting aku boleh membahagiakan keluarga aku. Masa tu aku rasakan pengorbanan aku tak sia-sia. Wah....berangan dah lebih nampak...hehehe. Sekali sekala apa salahnyakan. Lagi pun bermula dengan angan-angan, selepas tu kita akan cuba berusaha sedaya mungkin untuk mencapai ke matlamat yang kita ingin tuju.




            Pada pendapat aku, terpulang pada hobi masing-masing. Cuma sekiranya boleh biarlah hobi itu dapat memberi manfaat setidak-tidaknya pada diri kita yang boleh mengisi masa lapang. Daripada kita membuang masa tak tentu hala dan lebih buruk jika kita terjebak pada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri kita. Jadi, renung-renungkanlah. = )


Saturday, December 04, 2010

Confuse...

            Uuummm.... macam mana ek..... Nak pegi rumah kira sedara jugak la bertunang ke...atau rumah member aku kawen..??? Kalau tak pergi rumah sedara bertunang nanti apa pulak diorang kata... Kalau tak pergi rumah member kawen pulak aku dah janji dengan member lain pergi sama-sama. Planing dah lama.... Lagipun Rizal yang nak kawen esok tu member satu persatuan silat ngan aku. Takkan nak cancel pulak kot. Dah la macam-macam aktiviti di adakan di sana. Heemmm... pening..pening....
            Kalau korang nak tau ceritanya macam ni..... Tadi tengah aku siap-siap nak pergi rumah member aku kawen (belah perempuan) tiba-tiba datanglah opah (kiranya opah sedara la jugak) ke rumah aku. Dia ngabokan cucunya nak kawen esok. Kendurinya diorang buat kat rumah cucunya yang baru dia beli....Hah..sudah.....aku mana tau jalan ke rumah cucu dia tu. Sampai pun tak pernah. Dalam masa sama kepala aku teringat kawen member aku (belah lelaki pulak) pun di adakan pada esok hari jugak.... Macam mana ek.....???




            Last-last aku cakap la pada opah  yang aku tak tau jalan nak ke rumah cucunya... Pastu mak aku pun mencelah.." Tak apa la kalau tak tau jalan esok kita pergi la sekali.." Opah pun mencelah.." Hek'e... esok opah pergi dengan Abg Rizal kamu,  Zul (anak opah) pun tak tau jalan. Kalau nak pegi sekali moh le...." katanya. Huuuhhhh.....apa nak di katakan.... tak pergi karang sedara. So aku iyakan aja la....huhuhuhuh
            Rumah member aku kawen si Rizal lak macam mana...? Eeemmm...dengan penuh kerunsingan dan kebuntuan aku pun berfikir. Nampaknya esok aku kena berkejar-kejar la sikit nak pergi dua tempat kenduri. Pasal aku janji nak pergi sekali rumah Rizal dengan member lain tu tengok la macam mana esok. Susah-susah sangat aku suruh dia pergi dulu. Aku follow kemudian. Tak kisah la lambat sikit pun kan, janji aku pergi...


Selamat Pengantin Baru

Semalam member aku Hasrizal & Rashidah sudah selamat sah menjadi suami isteri. So hari ni majlis persandingan di pihak pengantin perempuan akan di adakan. Aku ingat nak pegi la kejap lagi. Tapi sebelum tu aku nak up date dulu blog aku nie... Sehari tak bukak blog rasa macam ada yang tak kene jer rasanya...huhuhuhuhu....
Esok lak persandingan di pihak lelaki pulak. Insya Allah kalau tak ada apa2 hal aku pergi. Kena la pergi coz dua-dua memberkan...tak syok la pulak kalau tak pergi... Apa-apa hal pun aku ucapkan Selamat Penagntin Baru kepada Rizal dan Shida.... semoga mahligai yang di bina akan sentiasa di rahmati dan di berkati.. Insya Allah.... Mudah-mudahan kekal sehingga ke akhir hayat ... Hhhemmmm... bahagianya rasa tengok kawan-kawan sudah mendirikan rumahtangga.... Bermulalah kehidupan baru mereka selepas ini....
Eh... ok la... aku nak bersiap pergi rumah Shida lak nie. Bawak family aku sekali. Nanti lama pulak diorang nak tunggu aku bersiap..huhuhuhuhu



SELAMAT PENGANTIN BARU
HASRIZAL & RASHIDAH

Friday, December 03, 2010

Sempurnakah Kita....

            Kenapa ada di kalangan kita suka memilih kawan dengan melihat rupa paras, kebendaan, kemewahan dan sebagainya sebagai pengukur. Adakah dengan kecantikan dan ketampanan luaran, cantik juga dalaman. Adakah dengan kekayaan harta benda, kaya juga budi bahasanya. Adakah dengan pangkat dan kedudukan mereka berada di atas, sekali menoleh ke bawah akan kurang kedudukannya.
             Memang susah kita nak tafsirkan sikap manusia yang pelbagai sikap dan ragamnya. Tapi itulah lumrah dunia. Mungkin ini dinamakan "warna dunia". Tapi pada pendapat aku la... tak ada gunanya kita nak menjadi orang "bodoh sombong". Silap hari bulan sikap kita tu yang makan diri balik. Tak rugi kalau kita berbuat baik pada orang. Luak ke kalau kita tak menyombong pada orang? Kadang aku pun tak faham dengan sesetengah daripada kita. Kenapa harus ada sikap sebegitu.  Sempurna sangatkah kita sehingga nak berkawan pun memilih "bulu". Hai... entah la....dunia...dunia.... mungkin ini adalah "pentas dunia".
             Apa-apa dalam hal ini hanya diri kita sahaja yang boleh menyedarkan kita. Baikkah kita atau sebaliknya. Mungkin aku juga patut bertanya pada diri aku. Di dalam katogeri manakah aku? Mudah-mudahan aku akan sentiasa ingatkan diri aku sendiri.. siapakah aku? Kalau boleh aku mahu orang lain akan senang dan selesa berkawan dengan aku. Insya Allah mudah-mudahan...Sekian untuk kali ini. Wassalam..... ^_*

Thursday, December 02, 2010

"Menuntut ilmu sampai ke negeri China."

          Rasa macam tak pecaya saja aku pada asalnya boleh dikatakan lemah sikit mengenai komputer . Kalau boleh pon hanya basic yang tak seberapa. Apa lagi internet yang orang gelarkan "Dunia Tanpa Batasan" yang aku tinggalkan bertahun-tahun lamanya. Baru semenjak dua ni aku mula berjinak-jinak kembali dengan gajet yang dah lama aku tinggalkan.
          Banyak perkara yang aku lupa dan banyak juga perkara yang aku harus belajar. Di sebabkan rasa ingin tahu dan mahu belajar aku mencari "GURU" yang boleh dan sudi mengajar aku. Belajar tak semestinya kita harus masuk kelas, pergi kolej atau universiti baru boleh belajar. Selagi ada kemahuan dan kesungguhan untuk menuntut ilmu kita boleh usahakannya. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".


          Apa-apa pun keputusan dan pilihan ada pada diri kita sendiri. Bukanlah aku berniat nak membangga diri cuma berkongsi pandangan dan pendapat.Ianya terpulang pada pendirian masing-masing. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita mudah-mudahan yang baik dapat dicontohi ahli keluarga.
         Sekian dulu dari aku untuk semua. Mohon maaf andai kata ada tersilap kata tersalah bahasa terguris rasa.
Insya Allah ada masa lain kali kita bersua lagi. Wassalam... ^_^

        

Salam Perkenalan.......


Assalamualaikum....
Pemula bicara salam perkenalan...
Izinkan aku mencoret sepatah dua kata
Untuk menghilangkan kebosanan
Ingin mencari tempat untuk aku meluahkan
Andainya ada perkara dan perasaan terpendam....


Salam perkenalan aku sapakan
Pada semua kenalan yang sudi menjengah
Ke teratakku yang x seindah
Terima kasih kerana sudi menjengah...
Walau hanya seketika cuma
Amat aku hargainya.....


Akhir kata penutup bicara
Tapi ini bukan pengakhirnya
Buat ketika ini sahaja
Harapnya tidak berhenti di sini sahaja...
Mungkin lain kali kita akan berjumpa....
Terima kasih aku ucapkan
Kerana sudi meluangkan
Diari Sal yang tidak seberapa...