Tiba-tiba dia cakap dia suka 'LAUT'....
Ya... laut memang mendamaikan. Kadang-kadang kita rasa laut pun pandai meluahkan ekspresinya sendiri. So apa kata kita layan sedikit gambar yang mungkin ada sedikit ketenangan pada pandangan mata kita.
Di dalam keadaannya tenang dan kita melihatnya akan merasa damai dan nyaman.
Adakalanya laut itu nampak bergelora seolah-olah laut itu kelihatan gelisah. Seperti hati manusia yang tak pasti apakah perasaan yang nak di luahkan. Sama ada berdiam atau pun meluahkan segala-gala yang terpendam.
Lebih menggerunkan apabila laut itu mengeluarkan kemarahannya. Manusia juga akan ketakutan.
Pulau di tengah-tengah laut. Kadang-kadang ada sesetengah dari kita suka memomok-momokkan bahawa pulau di tengah laut ni kadang-kadang berpuaka. Seperti yang selalu di tayangkan di dalam filem. Tapi tahukan bahawa banyak khazanah dan kehidupan yang tak terduga oleh kita berada di sana.
Alangkah indahnya suasana begini apabila pasangan melihat suasana bulan 'di tenggelamkan' oleh air laut. Tambah-tambah lagi pasangan suami isteri yang sukakan suasana yang romantik. So sweet... ^_^
Yang ni aku tak pasti sama ada ada atau pun tidak....
Agak-agak korang....???
Dan yang ini pula adalah khazanah-khazanah yang ada di dasar laut bumi kita. Cantik kan..?
Sungguh besar ciptaan Tuhan. Semuanya indah-indah belaka. Tiada yang cacat sedikit pun.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada aku melihat keindahan dan kebesaran-Mu.
Aku buat entri kali ini khas pada salah seorang adik kesayangan ku.
"NOOR AFIDATUL AKMA"
Hope u like it. Love u dear.... : )
i like it
ReplyDelete