JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Wednesday, March 30, 2011

Permata Hidupku





Anak-anak adalah permata yang mewarnai hidupku......
Tanpa anak-anak ku rasakan hidupku suram dan kosong....
Aku sanggup lakukan apa saja demi kebahgiaan mereka.....


Aku telah di kurniakan 3 orang cahaya mata.....
 Dua orang putera dan seorang puteri......
Meh aku kenalkan permata hatiku...... 










Ok yang sulung ku beri nama Muhammad Amirul Iskandar... tapi kat rumah aku panggil dia Along jer...
Berusia 6 tahun tapi mulutnya macam bertih jagung, kalau sekali dapat bercakap dia jer  yang betul. Paling aku tak tahan kalau dia dah start buat wrestling...jangan kata adik, dengan aku sekali dia wrestlingnya...
Sakit ooo... ala hero mama sorang nie....









Yang ni pulak puteri tunggalku yang sweet.....Namanya Nur Amira Syarmimi .....tapi aku panggil dia Kak Nyah jer...biasalah, kakak kan.... Umurnya 5 tahun. Tak banyak jarak tahun dengan Along tapi yang sorang ni pulak kuat merajuk. Kena tergur sikit mula la, dia pergi la ceruk mana-mana pun yang boleh dia menyelit....belakang pintu ke.....belakang sofa ke... tepi almari ke.... dalam almari pun jadi nak tunjuk protes....huhuhu..... Jenuh nak memujuk. Bukan jenis makan saman sorang nie....










Dan yang ini pula manja aku yang kecik sekali..... Aku berikan nama Muhammad Ammar Syafi....dekat-dekat dengan nama abang dan kakaknya sikit-sikit. Nama ni aku beri kerana banyak ertinya sepanjang aku kandungkan dia dulu (biarlah hanya aku yang tahu). Aku panggil dia Adik kadang-kadang Syafi....ikut mana dan la.... Umurnya baru 10 bulan tapi dah boleh berjalan. Baru dapat kaki (jalan jatuh). Yang ni pun tak padan dengan kecik hajat nak jadi 'tuan besar'....hehehehe. Mainan yang paling dia suka bola. Dari sekecil-kecil bola sampai la sebesar-besar bola ada untuk dia kat rumah. Mana taknya.... kalau aku berjalan ke kedai dengan dia, jangan la bagi dia pandang bola.....kalau tak alamatnya mengelejat la dia suruh ambik bola. Tak beli karang aku yang tak sampai hati. Beli jugak la.....huhuhuhu









Biarlah aku tiada harta dunia.....
 asalkan harta akhirat yang aku tatang bagai minyak yang penuh ni dapat mendoakan aku di akhirat sana kelak.... 
Insyallah.....








Tiada yang lebih bermakna daripada melihat anak-anak bahagia......
Dan terjamin masa depan mereka.....
Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak menderita.....
Aku akan cuba beri yang terbaik demi mereka......
Kerana aku sayang mereka.......








Mama sayang Along.....
Mama sayang Kak Nyah.....
Mama sayang Adik......

Mama sayang semua permata hati mama.........





Friday, March 25, 2011

Lara Seorang Wanita.... Kasih Seorang Anak....

Teringat aku di suatu ketika di saat emosi aku begitu tertekan...., tertekan dengan sikap suamiku.... Suamiku boleh di katakan seorang yang kurang bertanggungjawab. (Apa pun alasannya, biarlah hanya aku sahaja yang tahu). Aku selalu mengurungkan diri tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun... hanya anak2 sebagai peneman aku di kala aku bersedih. Ketika itu aku hilang arah tuju apa yg harus aku lakukan. Tetapi bila tengok anak-anak aku tidak sampai hati  untuk terus dalam keadaan begini. Tetapi apakan daya... semangat aku terlalu lemah ketika itu. Aku hanya mampu menagis, murung dan termenung... Tetapi anak-anak aku tak abaikan keperluan mereka seperti makan, minum, pakai diorang tetap aku uruskan seperti biasa...




Ketika itu aku mempunyai sepasang anak....seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang sulong ketika itu berusia 4 tahun lebih (ketika itu bijak berkata-kata) dan yang ke2 berusia 1 tahun lebih (baru nak belajar bercakap). Abang aku panggil Along dan yang kecil aku panggil adik.


Pada suatu hari, aku terlalu tertekan.... aku tidak dapat menahan perasaan yang mencengkam perasaan aku ketika itu... terlalu perit aku rasakan. Aku menangis sepuas-puas hati aku untuk melepaskan perasaan yang tidak dapat aku tanggung. Di saat aku sedang menangis di dalam bilik berseorangan... aku terasa tangan-tangan halus membelai tanganku. Ku dongakkan mukaku dan melihat anak-anak berada di depanku. Ku peluk kedua-dua anakku dan ku belai mereka.. Aku cuba tahan untuk tidak menagis di depan mereka...




"Mama kenapa mama....?" tanya Along.
"Tak ada apa-apa sayang...." jawabku.
"Kenapa mama nagis...?" tanya anakku lagi.
"Mama sedih...." jawabku lagi.
"Sebab abah buat mama ke.....?" soal anak kecil itu lagi.
"Entahlah...... " jawabku ringkas.
"Mama jangan la sedih, alongkan ada....along sayang mama." keluar kata-kata azimat dari anakku.



Aku tidak dapat menahan perasaan ketika kata-kata itu keluar dari bibir kecil anakku. Aku peluk meraka dengan penuh kasih sayang. Terharu aku di kala itu mendengar luahan kata-katanya. Semangat aku datang kembali melihat mereka. Aku terus berazam utk kuatkan semangat demi anak-anak. Walaubagaimana liku yang aku harus tempuhi....aku akan cuba demi masa depan mereka. Anak-anak adalah semangat diri aku ketika ini.




MAMA SAYANG ANAK-ANAK MAMA.....

Thursday, March 24, 2011

Seronoknyer..... ^_^

Eeeeee.....bestnya... lama ddah aku x update blog aku nie..sian dia... Aku ingat aku dah x boleh bukak blog aku sampai bila-bila. Rupa-rupanya aku salah buka pasword. Sekarang ni yang aku nak bagi tau aku dah ada teman.... blog kesayangan ku ni...hehehe