Teringat aku di suatu ketika di saat emosi aku begitu tertekan...., tertekan dengan sikap suamiku.... Suamiku boleh di katakan seorang yang kurang bertanggungjawab. (Apa pun alasannya, biarlah hanya aku sahaja yang tahu). Aku selalu mengurungkan diri tak mahu berjumpa dengan sesiapa pun... hanya anak2 sebagai peneman aku di kala aku bersedih. Ketika itu aku hilang arah tuju apa yg harus aku lakukan. Tetapi bila tengok anak-anak aku tidak sampai hati untuk terus dalam keadaan begini. Tetapi apakan daya... semangat aku terlalu lemah ketika itu. Aku hanya mampu menagis, murung dan termenung... Tetapi anak-anak aku tak abaikan keperluan mereka seperti makan, minum, pakai diorang tetap aku uruskan seperti biasa...
Ketika itu aku mempunyai sepasang anak....seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang sulong ketika itu berusia 4 tahun lebih (ketika itu bijak berkata-kata) dan yang ke2 berusia 1 tahun lebih (baru nak belajar bercakap). Abang aku panggil Along dan yang kecil aku panggil adik.
Pada suatu hari, aku terlalu tertekan.... aku tidak dapat menahan perasaan yang mencengkam perasaan aku ketika itu... terlalu perit aku rasakan. Aku menangis sepuas-puas hati aku untuk melepaskan perasaan yang tidak dapat aku tanggung. Di saat aku sedang menangis di dalam bilik berseorangan... aku terasa tangan-tangan halus membelai tanganku. Ku dongakkan mukaku dan melihat anak-anak berada di depanku. Ku peluk kedua-dua anakku dan ku belai mereka.. Aku cuba tahan untuk tidak menagis di depan mereka...
"Mama kenapa mama....?" tanya Along.
"Tak ada apa-apa sayang...." jawabku.
"Kenapa mama nagis...?" tanya anakku lagi.
"Mama sedih...." jawabku lagi.
"Sebab abah buat mama ke.....?" soal anak kecil itu lagi.
"Entahlah...... " jawabku ringkas.
"Mama jangan la sedih, alongkan ada....along sayang mama." keluar kata-kata azimat dari anakku.
Aku tidak dapat menahan perasaan ketika kata-kata itu keluar dari bibir kecil anakku. Aku peluk meraka dengan penuh kasih sayang. Terharu aku di kala itu mendengar luahan kata-katanya. Semangat aku datang kembali melihat mereka. Aku terus berazam utk kuatkan semangat demi anak-anak. Walaubagaimana liku yang aku harus tempuhi....aku akan cuba demi masa depan mereka. Anak-anak adalah semangat diri aku ketika ini.
MAMA SAYANG ANAK-ANAK MAMA.....
mama rindu along....
ReplyDelete