JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Thursday, January 26, 2012

Kehebatan Tubuh Manusia.

Tahu tak korang semua bahawasanya organ dalaman kita terlalu istemewa ciptaannya oleh yang maha Esa sehinggakan tak terjangkau akal kita begitu hebatnya Dia mencipta kita sedangkan kita yang menggunakannya setiap masa tidak menyedarinya. Di sini aku nak share sikit antara kehebatan organ dalaman yang di anugerahkan oleh-Nya kepada kita.


  • Bunyi yang di keluarkan apabila anda mematahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah di sebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempuh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9m.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempuh seminit.
  • Ketika bersin organ dalaman badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah celcius.
  • Jika anda menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  • Jika usus kecil seseorang manusia di leraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian orang itu.
  • Kita akan menjerit serta merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga 4 galen sehari. Tetapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.
  • Lelaki 6 kali lebih mudah di panah petir berbanding wanita.
  • Berat otak manusia hanya 2% daripada berat badan manusia tetapi ia menggunakan 25% oksigen yang di sedut semasa berehat atau tidur.
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia di cantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot di gunakan untuk senyum.








So, jangan kedekut dengan senyuman.

***  ^_^  ***







No comments:

Post a Comment