JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Friday, April 15, 2011

Anak-Anak Bonda

Diam tak diam dah dua orang 'anak buah' aku.... 'Anak buah' yang sulung daripada adik aku ke-3, namanya Mohd Farish Syahmi dan 'anak buah' no. 2 daripada adik aku ke-2, Qisya Izzati.... 
Mereka panggil aku dengan panggilan Bonda.... 






Ini dia Mohd Farish Syahmi Bin Ahmad Syihan. Berusia setahun lebih....








Ini la adik aku ke-3, Nor Fadhilah bt Abdullah Sani.Adik yang paling rapat dengan aku dan paling memahami aku. Dialah adik....dialah kakak....dialah sahabat karib aku.....
Kak Yong sayang kamu Yang...... (jangan nangis tau...huhuhuhu)







Papa dan mama Aisyh.....
Happy family...... ^_^








Yang ni pula anak buah aku yang ke-2, Qisya Izzati bt Mohd Hisyam. Nak tau pasal dia aku ada tulis pasal dia dalam entri "Selamat Datang Qisya Izzati".....(baca-baca la ek...hehehe)







Ini lah adik aku yang ke-3 Nurul Aini bt Abdullah Sani dan suami.
Bahagia tengok adik-adik dengan keluarga masing-masing....
Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka....


I LOVE U ALL.....MUUUAAHHH






Tuesday, April 12, 2011

Selamat Datang Qisya Izzati








Adik aku yang ke-2 Nurul Aini dan suami Mohd Hisyam selamat menerima kehadiran cahayamata pertama mereka pada 22 Feb 2011. Puteri mereka itu di beri nama Qisya Izzati binti Mohd Hisyam... sedapkan nama tu kan.... Dia di lahirkan di Hospital Selayang dengan berat  2.4kg. Masa berpantang minggu pertama adik aku berpantang di rumah ibu mertuanya di Gemencheh, Negeri Sembilan....minggu ke-2 baru dia balik ke rumah mak di Batu Gajah dan habiskan berpantang di sana....








Minggu lepas habislah adik aku berpantang dan hari Sabtu baru-baru nie telah di adakan majlis Marhaban untuk si kecil Qisya......Jom kita tengok suasana di hari majlis tersebut....







Lena di ulit dengan dendangan marhaban.....








Qisya tekun tengok Bonda sebab tak lama lagi Qisya nak balik KL...
Tak tau bila lagi leh jumpa...huhuuhu
Rindu la Bonda.....







Ayah dan Ibu Qisya....
Sempurnalah kehidupan mereka dengan hadirnya cahayamata....








Sayang anak Bonda.....

Qisya Izzati Binti Mohd Hisyam




Friday, April 08, 2011

Mama Rindu Along









Rindunya mama pada Along. Terasa sekejap jer Along datang ke sini. Gembira yang mama rasakan cuma sebentar saja.... Along baru datang sini hari ahad hari tu jumpa mama tapi malam tadi dah balik Terengganu balik. Tak puas mama duduk dengan along.... Bila mama boleh jumpa dengan Along lagi pun entah la.....


Masa dia ada dengan aku, sempat aku bawa dia ke Zoo Taiping. Dia kata nak tengaok haiwan dan nak pegang ular. Dia sampai sini subuh ahad hari tu, pagi ahad terus aku bawak dia ke Zoo Taiping. Aku rasa puas tengok dia seronok melihat haiwan. Teringat pula aku dengan telatah dia melihat bermacam-macam haiwan. Sampai kat tempat ular dia mendesak aku nak tangkap gambar dengan ular. Mula-mula aku tak berapa bagi. Tapi kesian pula tengoknya.... aku bagi jugak la. Kalau tak bagi, aku jugak yang ralat nanti sebab hajat anak aku tak tunaikan.



Sehari sebelum Along nak balik.... Malam tu Along tidur dengan aku. Along peluk aku kuat-kuat macam tak nak lepas. Aku pun peluk dia sambil bertanya.



"Along, esok Along nak balik dah ke tinggalkan mama?"
"Along sebenarnya tak nak balik, tapi Along terpaksa sebab Along kena sekolah. Kak Nyah (adiknya) dengan Ayah Cu (ayah saudara) semua sekolah, Along sorang jer tak pergi sekolah." jawabnya.
"Bila pulak mama boleh jumpa Along lepas ni." keluhku pula.
"Ala mama.... nanti kalau Along cuti sekolah Along datang la jumpa mama lagi." jawabnya lagi.



Aku terus peluk dia seakan-akan tak mahu berpisah dengan dia lagi. Tapi apakan daya...dah seminggu dia cuti sekolah. 
Ada masa nanti lain kali mama datang Terengganu jumpa Along kat sana pula ya.....
Mama Rindu Along.....
Mama Sayang Along....



p/s: Gambar ni di ambil ketika aku pregnant anak ke-3. Tu pasal muka tembam sikit macam ikan buntal..... hehehehehe.....








Friday, April 01, 2011

Ku Sayang Abah Ku Rindu Abah


Tanggal 4 Mac 2010 @ 8.30 malam.... Satu tarikh keramat buat aku sekeluarga apabila insan yang amat kami sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tak ku duga dalam usia 58 tahun abah meninggalkan kami selama-lamanya.... Sebelum pemergiannya abah sihat.... cuma 3 hari sebelum tu abah demam. Tapi aku redha... Allah lebih sayangkannya.....



Teringat aku ketika itu, aku sedang mengandungkan 6 bulan anak ke-3 dan adik ke-3 ku pula ketika itu sedang mengandungkan 9 bulan anak sulungnya. Bagai batu terhempas ke dada kurasakan bila mendapat panggilan dari emak mengatakan abah sudah tiada... Sesak nafasku..... gelap juga pandanganku. Aku menangis semahu-mahunya. Sewaktu itu aku berada di Terengganu tinggal bersama suamiku di sana....Malam itu juga aku bergerak pulang ke Perak menziarahi abah untuk kali terakhir.....








Paling terkilan......lagi 2 bulan majlis pernikahan adik ku yang ke-2 akan di langsungkan...Abah pergi di jemput Ilahi. Hanya aku dan adik ku ke-3 sahaja yang sempat abah nikahkan.....
Gambar dia atas di ambil sewaktu abah mewalikan pernikahan adik ku yang ke-3.








Pada majlis pertunangan adikku yang ke-2, Abah sempat menjadi tuan rumah menyambut bakal besannya.
Abah juga yang bertungkus lumus memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar....









Abah memang seorang yang amat tegas dan penuh dengan disiplin....
Aku ingat bagaimana waktu aku sekolah dulu kalau lambat bangun.....pasti rotan akan hinggap di badan.
Tapi sebenarnya abah adalah seorang yang amat penyayang....... cuma itu mungkin cara dia untuk mendisplinkan anak-anaknya. Biasa la, bekas persara askar katakan....hehehehe








Tapi kalau nak tengok abah senyum memang susah... Ramai orang kata muka abah aku garang....
Tapi memang pun...hehehehe.... kadang-kadang aku pun takut nak tengok muka dia....
Tapi sebenarnya abah aku seorang yang sangat baik hati....









Memang susah kalau nak tengok abah gelak macam nie.....
Aku rindu dengan hilai tawa abah.....waktu abah marah aku kalau aku buat salah..... muka garang abah....
tapi hati baik.... ^_^
Aku Rindu Abah.... Aku sayang Abah....




Al-Fatihah.....


ALLAHYARHAM
ABDULLAH SANI BIN MOHD ALI
(23 Mac 1952 - 04 Mac 2010)