JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Friday, April 08, 2011

Mama Rindu Along









Rindunya mama pada Along. Terasa sekejap jer Along datang ke sini. Gembira yang mama rasakan cuma sebentar saja.... Along baru datang sini hari ahad hari tu jumpa mama tapi malam tadi dah balik Terengganu balik. Tak puas mama duduk dengan along.... Bila mama boleh jumpa dengan Along lagi pun entah la.....


Masa dia ada dengan aku, sempat aku bawa dia ke Zoo Taiping. Dia kata nak tengaok haiwan dan nak pegang ular. Dia sampai sini subuh ahad hari tu, pagi ahad terus aku bawak dia ke Zoo Taiping. Aku rasa puas tengok dia seronok melihat haiwan. Teringat pula aku dengan telatah dia melihat bermacam-macam haiwan. Sampai kat tempat ular dia mendesak aku nak tangkap gambar dengan ular. Mula-mula aku tak berapa bagi. Tapi kesian pula tengoknya.... aku bagi jugak la. Kalau tak bagi, aku jugak yang ralat nanti sebab hajat anak aku tak tunaikan.



Sehari sebelum Along nak balik.... Malam tu Along tidur dengan aku. Along peluk aku kuat-kuat macam tak nak lepas. Aku pun peluk dia sambil bertanya.



"Along, esok Along nak balik dah ke tinggalkan mama?"
"Along sebenarnya tak nak balik, tapi Along terpaksa sebab Along kena sekolah. Kak Nyah (adiknya) dengan Ayah Cu (ayah saudara) semua sekolah, Along sorang jer tak pergi sekolah." jawabnya.
"Bila pulak mama boleh jumpa Along lepas ni." keluhku pula.
"Ala mama.... nanti kalau Along cuti sekolah Along datang la jumpa mama lagi." jawabnya lagi.



Aku terus peluk dia seakan-akan tak mahu berpisah dengan dia lagi. Tapi apakan daya...dah seminggu dia cuti sekolah. 
Ada masa nanti lain kali mama datang Terengganu jumpa Along kat sana pula ya.....
Mama Rindu Along.....
Mama Sayang Along....



p/s: Gambar ni di ambil ketika aku pregnant anak ke-3. Tu pasal muka tembam sikit macam ikan buntal..... hehehehehe.....








1 comment:

  1. pn salfarina..

    apsal tak bg jer si along sekolah kat BG..dok skl ngan ko kan senang...lau dia kat sane sape yg jaga??tabahnye ati ko lepaskan anak jauh dari mata...lau aku mst meraung tiap2 mlm..xsanggup rasenya...besar dh si along yer...dh boley arap dh...

    ReplyDelete