JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Sunday, December 04, 2011

Cameron Highlands Bersama Family






Baru-baru ni aku ada pergi ke Cameron Haighlands dengan family. Tapi tak la semua sekali pergi.... huhu Yang pergi cuma aku dengan anak-anak, adik ke-2 aku Kak Ngah dengan anak dia Qisya pas tu adik lelaki sulung aku Apeh dan juga adik lelaki bungsu aku Iman.....




















   




Lama dah aku tak ke Cameron Hinglands. Rasanya last aku pergi ke sana dulu pun sebelum kahwin, sekarang aku dah anak tiga baru berkesempatan ke sana lagi. Itu pun sebab ada orang ajak, kalau tak entah bila la pulak aku dapat pergi. Thank you Ngah sebab bawa Kak Yong ngan anak-anak jalan.... heheh Pas ni leh la bawa Kak Yong jalan-jalan ke tempat lain lak... huhu














   

Walaupun Kak Ngah bawa aku jalan... Tapi masa pergi ke sana aku juga adalah merangkap pemandu peribadi yang tak bertauliah sepanjang perjalanan pergi balik ke Cameron Haighlands hari tu. Tak kesah la... janji kita enjoy.... hehehe
















Di sini aku paparkan sedikit gambar coretan aku ketika di sana... Jom kita saksikan.....











Di sana juga kitorang singgah ke kilang pembuatan serbuk Teh Boh. Anak aku siap posing depan signbord dengan bergayanya.... hehehe...








Ni pula gambar kitorang di Taman Rama-Rama Dan Serangga. Geli aku dengan rama-rama ni. Besar gila.... huhuhu Gambar satu lagi tu pulak anak aku yang kecil sekali. Walaupun berani-berani takut tapi tetap maintain comel... ^_^









Dengan beraninya adik aku yang bongsu memegang rama-rama. Cantikkan... Tapi aku geli bila kena kaki dia. Kepak dia pula kalau pegang rasa macam baldu sikit-sikit. 






Yang ini pula gambar kami di atas puncak kebun daun teh. Betapa indahnya pemandangan daripada atas puncak. Nampak macam hamparan permaidani yang tersangat indah. Di tambah pula kabus yang samar-samar dengan suhu yang agak sejuk juga. Kalau orang bercinta memang best pergi sini. Aman jer... huhuhu
















Last sekali kitorang pergi ker Bee Garden. Tapi kitorang tak masuk pun ke dalam garden sebab dah tak larat nak berjalan... huhuhu Kitorang pusing-pusing di kawasan atas je. Di kawasan cenderahati. Macam-macam ada... hehe
















p/s: Strawberry Garden kitorang tak sempat pergi sebab hari dah nak malam. Lagipun dah tak larat nak berjalan. Nanti bila-bila boleh sambung berjalan balik kan. Bukan jauh sangat pun Cameron Haighlands dengan Ipoh. Tak sampai satu jam dah boleh sampai... Wait for me next day Cameron Haighlands..... : )

Thursday, August 11, 2011

Kampung aku atau kampung dia...??!

Ramadhan sudah bermula dan Syawal pula akan menjelma tidak lama lagi. Semua umat islam rasa seronok untuk melakukan ibadah puasa dan seterusnya akan menyambut Aidilfitri. Bagi yang sudah berumahtangga topik yang biasa kita dengar apabila Aidilfitri tiba ialah giliran untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku sedar, isu ini bukan baru lagi di kalangan orang yang sudah berumahtangga. Aku terpanggil untuk menulis entri ini mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.


Baru-baru ni di dalam facebook ada satu perbincangan mengenai giliran suami isteri untuk balik beraya ke kampung. Ianya bermula di mana salah seorang rakan facebook telah mendengar salah satu stesen radio mendengar panggilan pendengar radio yang meluahkan rasa terkilan hatinya setelah 26 tahun berkahwin, apabila menjelangnya 1 Syawal tidak pernah sekali pun beraya di rumah pihak isteri. Hanya balik ke rumah pihak suami sahaja sehinggakan ibu dan keluarga pihak isteri berkecil hati.


Dari pemerhatian aku, ada segelintir para suami telah menggunakan kuasa vetonya apabila di dalam perbincangan tersebut mereka menegaskan bahawa hak dan keputusan adalah di tangan suami dan segala arahan dan keputusan suami adalah muktamad. Ya.... aku tidak menafikan semua itu bahawa apabila seorang anak gadis yang telah berkahwin perlu patuh pada suami dan sememangnya syurga bagi isteri di bawah tapak kaki suami. Tetapi, tidakkah kita terfikir bahawa islam juga mengajar kita untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Bagi suami pula, bukankah taraf ibu mertua itu seperti ibu kandung juga. Apabila kaum hawa mengutarakan perkara ini, kebanyakkan kaum adam akan menjadikan hukum-hakam semata-mata sebagai perisai, tetapi tidakkah mereka menilai bahawa ajaran islam itu sebenarnya teramat indah.



Buat si suami, anda memang berkuasa tetapi berilah sedikit penghargaan kepada para isteri. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat daripada Dato' Dr Fadhilah Kamsah.
1. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
2. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
3. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
4. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
5. Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
6. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
7. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
8. Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
9. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
10.Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
11.Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
12.Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga




Oleh itu sama-sama lah kita renungkan dan mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal kali ini kita semua mendapat keberkatanNya dan kita semua dapat menyambutnya dengan bahagia bersama kaum keluarga tanpa ada yang berkecil hati. Insyallah....

Jangan lupa, balik kampung pandu kereta berhati-hati ya... Ingatlah pada insan yang tersayang sedang menanti kita untuk kegembiraan bukan kesedihan.




BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!






Monday, August 01, 2011

Jom Buat Kuah Rojak





Hari ni aku saje2 jer nk tulis entry respi kuah rojak nie...
Pada sesiapa yang nak try leh la try ek..hehehehe








Mula2 kena sediakan bahan dulu.....
Dah siap pen nagn kertas...???Ok.. leh salin ek...hehehe
Bahan2nya...

1 botol kecik kicap pekat
1 botol kecik sos cili
1 cawan cuka
1kg gula merah
100g biji bijan
Belacan sebesar ibu jari
Segenggam cili api (kalau korang suka pedas leh tambah cili api lagi)
Sedikit air
Kacang (untuk di tabur pada rojak buah)








Ok.. mula2 korang kisar cili api, belacan ngan cuka........
Pastu masukkan ke dalam periuk dan pasang api dalam keadaan sederhana.......
Kacau...









Kemudian korang masukkan kicap, sos ngan gula merah ke dalam periuk...
Kacau sampai sebati..... Ingat tau... 
Korang kena sentiasa kacau sebab tak nak kuah rojak korang jadi hangus....









Bila dah mengelegak.... korang masukkan pula biji bijan ke dalam periuk...
Pastu korang kena kacau lagi perlahan2....
Ingat..... api jangan kuat tau....








Kacau sampai biji bijan tu sebati ngan kuah rojak ....
Korang kena sentiasa kacau sebab masa ni kuah rojak akan mendidih...
Takut kalau tak di kacau kuah akan melimpah dari periuk....








Bila dah pekat boleh la korang padamkan api.....
Biarkan ia sejuk secara semulajadi.....








Pastu bolehla korang makan dengan buah-buahan...
Tak kesah la korang nak makan ngan buah ape pun....
Ikut selera korang...huhuhuhu
Nak sedap taburkan kacang di atas rojak buah...









Jeng...jeng...jeng.... 
Dah siap.... Sedia untuk di makan....hehehe


Selamat mencuba ya...!!  ^_^









Tuesday, July 12, 2011

TOPUP RELOAD

Berminat untuk menjual Topup Prepaid melalui telefon bimbit / Yahoo Messenger...??
Kami ada jawapannya... Kami merupakan syarikat a&a MOBILE yang menggunakan teknologi server tercanggih yang terpantas dan paling berkesan dengan 100% di jamin TIADA gangguan...
KAMI ADALAH PEMILIK / PENGENDALI SERVER YANG SAH...
Anda berhubung secara langsung kepada kami tanpa perlu 'orang tengah'.
Jadi, jangan tunggu lagi...!!!


BERMINAT...???
SILA HUBUNGI ATAU SMS
013-5201658 (SAL)


SIAPA KAMI

Kami merupakan syarikat a&a MOBILE yang memiliki server topup yang tercanggih di Malaysia. Kami menjalankan sistem fleksi autoreload yang beroperasi 24 jam / 365 hari setahun. Berkonsepkan ala "MLM" di mana setiap agen boleh mencari downline sendiri dan agen mendapat komisen dari setiap jualan downline mereka. Sistem yang fleksibel, mudah, cepat dan membolehkan anda menjual topup di mana-mana pada bila-bila masa tanpa mengira waktu. Tiada had minima untuk menambah modal. Anda hanya memerlukan handphone yang ada fungsi SMS atau perkhidmatan internet (Yahoo Massenger) untuk menjadi agen kami.

Kami pasti anda akan berpuas hati dengan sistem kami...!!!

Kenapa anda perlu memilih kami?
  • Yuran keahlian yang berpatutan
  • Memperoleh komisen dari setiap jualan downline 
  • Boleh upgrade keahlian
  • Tiada yuran tahunan
  • Semua boleh terlibat dalam perniagaan ini
  • Pendapatan secara 'real time', tiada perlu menunggu
  • Perkhidmatan Server terbaik & terpantas
  • Kadar keuntungan yang tinggi
  • Perkhidmatan Topup 24 jam / 365 hari
  • Reload serta merta (autoreload)
  • Tidak memerlukan permis perniagaan - Urusniaga hanya melalui handphone anda
  • Caj SMS yang minima hanya 1 sen dengan Active 10, 8 XPAX & TEMAN 20 (Server Maxis / Celcom)
  • Tidak memerlukan pekerja (segalanya anda uruskan sendiri)
  • Urusniaga di mana-mana sahaja
  • Anda tidak perlu menyimpan stok kad topup
  • Khidmat Bantuan melalui telefon secara terus (Careline)
  • Sistem ala MLM atau Multilevel Marketing
  • Tidak perlu maintain jualan
  • Tiada Caj untuk setiap tambah modal di kenakan
  • Tiada syarat-syarat di kenakan


PRODUK RELOAD

Melalui sistem ini anda boleh menjual semua produk di bawah secara autoreload atau pin.


Celcom (autoreload dari RM5 hingga RM100)
Maxis (autoreload dari RM3 hingga RM100)
Digi (autoreload RM5)
Digi (PIN RM10, RM30)
Umobile (autoreload RM5, RM10,RM20,RM30,RM50,RM100)
iTalk (PIN RM10, RM30)

  1. Autoreload bermaksud apabila tambah nilai di buat ia akan di maksudkan terus ke telefon pelanggan.
  2. PIN bermaksud apabila tambah nilai di buat, no. pin akan di hantar kepada handphone agen. Agen perlu memberi no. pin tersebut kepada pelanggan.

Harga terkini

* Profit sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Pihak syarikat berhak mengemaskini profit tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.



SYARAT PENDAFTARAN

Untuk menjadi agen a&A MOBILE, saya bersetujudengan syarat-syarat di bawah:
  • Saya setuju untuk membuat pembayaran seperti yang di tetapkan. Yuran pendaftaran sekali seumur hidup. Untuk memulakan bisnes topup ini, anda memerlukan modal. Anda boleh menambah modal terus ketika membuat bayaran pendaftaran. Contoh : RM50 (RM20 daftar + RM30 modal).
  • Saya bersetuju tidak akan menggunakan nombor yang telah di tukar servis kepada syarikat telekomunikasi yang lain (converted number). Contoh : Pada asalnya no. maxis tetapi telah di tukar kepada digi.
  • Saya dengan sukarela menyertai a&a MOBILE setelah memahami dan menimbang secara matang.
  • Saya sedar bahawa keahlian saya di a&a MOBLE akan di sekat sekiranya saya melanggar syarat-syarat di atas.
  • Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang di tetapkan oleh admin a&a MOBILE dan sedia bertanggungjawab jika mengingkarinya. Saya menyedari bahawa peraturan-peraturan tersebut di buat demi keselamatan saya dan semua agen.

YURAN PENDAFTARAN


PAKEJ                           KOD LEVEL                         YURAN 
                                                                                        PENDAFTARAN
____________________________________________________________
MASTER                            M                                 RM100
DEALER                             D                                 RM90
AGENT                               A                                 RM70
RETAIL                              R                                 RM50
FIRST RETAIL                   FR                               RM40
SECOND RETAIL              SR                                RM30
THIRD RETAIL                 TR                                RM20



*Tidak kira anda di level  mana, anda boleh mendaftar downline dan anda boleh menentukan sendiri yuran pendaftarannya. YURAN PENDAFTRAN DOWNLINE ADALAH MILIK ANDA...!!

* Bagi TR, anda juga boleh melantik downline di bawah anda. Pemotongan sebanyak RM5 dari akaun anda akan di kenakan bagi setiap pendaftaran downline. 


CARA DAFTAR DOWNLINE

Taip Daftar * nama * alamat * no. h/p * kod level * 1234
Contoh : Anda mendaftar Ahmad sebagai agent di bawah anda. 
              Taip Daftar * Ahmad * Kajang * 0123456789 * A * 1234


CARA UNTUK MENDAFTAR

Sila ikuti langkah berikut untuk proses pendaftaran:

Sila transfer wang sama ada secara ATM, transfer online atau bank in melalui kaunter bank ke dalam akaun berikut.

CIMB BANK: 08180015706526 
(NOR SALFARINA BT ABDULLAH SANI)

Selapas membuat pembayaran, sila SMS :

Reg. Nama, No. h/p, Nama Bank, Jumlah Bank in, Tarikh Bank in, Masa Bank in, Level yang anda pilih ke nombor 013-5201658

* Pendaftaran anda akan di proses dalam masa 24 jam.


FORMAT SMS
CARA JUAL (AUTORELOAD)


Untuk tambah nilai, guna kod produk.


  • MAXIS        - M
  • CELCOM    - C
  • DIGI             - D
  • ITALK         -IT
  • UMOBILE   - U
  • DIGI PIN     -DP

Di ikuti dengan jumlah penambahan RM yang di kehendaki.

Taip M3<Jarak> no. phone pelanggan dan hantar ke no server.
Contoh: No. phone maxis 0123456789 hendak topup RM3.00.
             Taip M3 0123456789 dan hantar ke no server.


SEMAK BAKI

Taip BAKI dan hantar ke no. server.


TRANSFER MODAL KE DOWNLINE

Taip TRANS.ID DOWNLINE.JUMLAH(tambah 000 di belakang).1234 dan hantar ke no. server.
Contoh: Anda transfer modal RM50.00 kepada ID downline N9090.
             Taip Trans.N9090.50000.1234 dan hantar ke no. server.

*tidak perlu letak RM di hadapan jumlah tapi perlu tambah 000 di belakang jumlah.


NO. CENTER SERVER
  1. Celcom  : 013-2932814
  2. Maxis     : 014-2182871
  3. Digi        : 016-9615945       









Friday, June 10, 2011

Syukurku







Alhamdulillah...
Segala dugaan yang datang pada aku, aku tempuh dengan penuh keredhaan dan kesabaran. Sedikit pun aku tidak pernah menyalahkan takdir. Aku percaya setiap sesuatu yang buruk itu berlaku sebenarnya ada sebab yang mungkin kita sendiri tidak pasti. Tapi yang nyata aku percaya, ianya terjadi adalah semata-mata untuk menguji tahap keimanan kita sebagai hambanya terhadap yang Maha Esa.






Setelah aku di uji oleh-Nya sekian lama, akhirnya terbentang hikmahnya di hadapan ku. Syukur aku pada-Nya tidak terhingga. Sayang Nya pada aku dapat ku rasa. Hanya Dia tuhan ku yang satu. Moga kegembiraan yang di berikan ini tidak aku sia-siakan. Insyallah...






Aku sentiasa berdoa agar imanku sentiasa kekal di lubuk hati dan aku akan pertahankan dan cuba mengukuhkan iman di dada agar dapat aku membimbing anak-anak (cahaya hidup aku) mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin...






Monday, June 06, 2011

Aku Mahu Bebas





Satu perasaan yang susah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Dikala fikiran runsing... hati kecewa.. harapan musanah... apa lagi yang dapat aku buat waktu ni.....


Apa yang aku rasakan sekarang ni adalah..... KOSONG....!!!

Aku tak tahu apa yang aku patut buat waktu ni....... menangis..?? termenung...??? menjerit...??? atau buat tak tau aje... ibarat orang yang tak ada perasaan...... Aku pening... aku buntu....!! buntu yang teramat sangat....!!!



Bilakah semua ni akan berakhir.... aku tak larat untuk menanggung semua ni. Aku bukan seorang yang terlalu kuat untuk menanggung semua ni. Aku tau ini semua dugaan dariNya. Aku redha.. aku pasrah... tapi sampai bila aku boleh bertahan.. aku sendiri tak pasti.....

Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk diri aku dan anak-anak. Aku sayang mereka lebih dari nyawa aku sendiri...




Ya Allah... di sini aku memohon kepada mu.... ampunilah dosa hambamu yang kerdil lagi hina ini.... janganlah kau tarik iman ku jauh dari Mu Ya Allah.... Rahmatilah aku.... Bimbinglah aku.... berikanlah petunjuk Mu kepada ku.... aku redha dengan setiap apa yang kau berikan pada aku.... Keluarkanlah aku dari segala beban yang aku tanggung  selama ini. Ya Allah.... Tak tertahan rasanya aku menanggung semua ni... kasihanilah aku hamba Mu yang lemah ini... amin..amin...amin Ya Rabbal'alamin...







Monday, May 23, 2011

Warkah Untukmu




         Papa… mama minta maaf… Perjumpaan kita tadi mungkin perjumpaan yang terakhir untuk hubungan kita. Mama harap apa yang mama nak katakan nanti papa dapat terima tanpa ada sebarang perasaan dendam pada mama satu hari nanti..



            Papa… setelah mama fikirkan sedalam-dalamnya… kita tak patut teruskan hubungan ni. Mama sedar yang hubungan kita ni hubungan yang terlarang. Kita dah terlalu jauh menyimpang daripada apa yang sepatutnya kita tak boleh buat. Papa sendiri tahu status diri mama. Mama masih ‘isteri orang’… Disebabkan kesedaran mama inilah yang mendorong mama buat keputusan ni. Mama tak nak terlajak lebih jauh dan kita sama-sama terus melakukan dosa…Bukan mudah untuk mama membuat keputusan ini. Sudah lama mama fikirkan tentang perkara ni, tetapi sekarang baru mama mendapat kekuatan.



            Keputusan mama ni tak ada terpengaruh daripada sesiapa pun. Ini adalah keputusan mama sendiri. Tentang jodoh mama dengan dia, biarlah Allah yang tentukan. Mama tak harapkan apa-apa pada dia. Kalau jodoh kami kuat, kami akan terus bersatu… Kalau satu hari nanti mama di takdirkan tidak bersama dengan dia, mama redha… Mama bersedia untuk segala kemungkinan. Begitu juga papa dengan dia…. Mama dah dengar sendiri luahan hati papa. Mudah-mudahan sisa-sisa kasih sayang papa yang ada pada dia dapat di semai kembali… Mama harap niat papa untuk bersatu semula dengan dia sebelum wujudnya mama akan menjadi kenyataan selepas ini. Kalaupun bukan untuk  papa dengan dia, tapi demi kakak…  Papa… tolong sampaikan salam sayang peluk cium rindu mama pada kakak. Mama minta maaf sebab tak sempat nak kenal kakak dan bertemu muka dengan kakak lebih rapat. Walau bagaimanapun, mama tetap sayang kakak…




            Papa… walaupun hubungan kita hanya sekejap, tapi kita terlalu banyak kenangan bersama. Kenangan inilah yang akan mama simpan di dalam kotak memori mama. Terima kasih kerana pernah mencurahkan kasih sayang pada mama. Pernah menjadi orang yang penting dalam hidup mama. Pernah membahagiakan mama walaupun untuk seketika. Tetapi bagi mama ia terlalu besar ertinya…



            Mama harap hubungan kita ini akan menjadi pengajaran pada mama supaya mama tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi suatu hari nanti. Pengajaran ini telah mendewasakan mama… Selepas ini kalau papa sudi terima mama sebagai seorang sahabat, mama teramat-amat berbesar hati… tapi kalau kehadiran mama selepas ini  tidak menyenangkan atau mengganggu fikiran papa, mama tak akan ganggu papa lagi…






            Papa… mama minta papa halalkan segala yang mama termakan, terminum, terpakai dan segala-galanya selama kita kenal… Segala apa yang pernah mama bagi pada papa mama halalkan dunia dan akhirat… Sekali lagi mama minta maaf seandainya warkah mama ini telah menyinggung hati papa… Mama terpaksa melakukannya sayang walaupun sebenarnya hati mama pedih…



         Izinkan mama untuk meluahkan kata-kata ini untuk terakhir kalinya. Sayang… mama terlalu-lalu menyayangi sayang… tapi keadaan kita tak mengizinkan untuk kita teruskan hubungan ini. Seandainya satu hari nanti kita ada jodoh, kita akan bersatu kembali. Ingatlah… namamu akan mama kenang sebagai suatu memori yang terindah dalam hidup mama…




Salam sayang dari MAMA.

Friday, April 15, 2011

Anak-Anak Bonda

Diam tak diam dah dua orang 'anak buah' aku.... 'Anak buah' yang sulung daripada adik aku ke-3, namanya Mohd Farish Syahmi dan 'anak buah' no. 2 daripada adik aku ke-2, Qisya Izzati.... 
Mereka panggil aku dengan panggilan Bonda.... 






Ini dia Mohd Farish Syahmi Bin Ahmad Syihan. Berusia setahun lebih....








Ini la adik aku ke-3, Nor Fadhilah bt Abdullah Sani.Adik yang paling rapat dengan aku dan paling memahami aku. Dialah adik....dialah kakak....dialah sahabat karib aku.....
Kak Yong sayang kamu Yang...... (jangan nangis tau...huhuhuhu)







Papa dan mama Aisyh.....
Happy family...... ^_^








Yang ni pula anak buah aku yang ke-2, Qisya Izzati bt Mohd Hisyam. Nak tau pasal dia aku ada tulis pasal dia dalam entri "Selamat Datang Qisya Izzati".....(baca-baca la ek...hehehe)







Ini lah adik aku yang ke-3 Nurul Aini bt Abdullah Sani dan suami.
Bahagia tengok adik-adik dengan keluarga masing-masing....
Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka....


I LOVE U ALL.....MUUUAAHHH






Tuesday, April 12, 2011

Selamat Datang Qisya Izzati








Adik aku yang ke-2 Nurul Aini dan suami Mohd Hisyam selamat menerima kehadiran cahayamata pertama mereka pada 22 Feb 2011. Puteri mereka itu di beri nama Qisya Izzati binti Mohd Hisyam... sedapkan nama tu kan.... Dia di lahirkan di Hospital Selayang dengan berat  2.4kg. Masa berpantang minggu pertama adik aku berpantang di rumah ibu mertuanya di Gemencheh, Negeri Sembilan....minggu ke-2 baru dia balik ke rumah mak di Batu Gajah dan habiskan berpantang di sana....








Minggu lepas habislah adik aku berpantang dan hari Sabtu baru-baru nie telah di adakan majlis Marhaban untuk si kecil Qisya......Jom kita tengok suasana di hari majlis tersebut....







Lena di ulit dengan dendangan marhaban.....








Qisya tekun tengok Bonda sebab tak lama lagi Qisya nak balik KL...
Tak tau bila lagi leh jumpa...huhuuhu
Rindu la Bonda.....







Ayah dan Ibu Qisya....
Sempurnalah kehidupan mereka dengan hadirnya cahayamata....








Sayang anak Bonda.....

Qisya Izzati Binti Mohd Hisyam