JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Thursday, August 11, 2011

Kampung aku atau kampung dia...??!

Ramadhan sudah bermula dan Syawal pula akan menjelma tidak lama lagi. Semua umat islam rasa seronok untuk melakukan ibadah puasa dan seterusnya akan menyambut Aidilfitri. Bagi yang sudah berumahtangga topik yang biasa kita dengar apabila Aidilfitri tiba ialah giliran untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku sedar, isu ini bukan baru lagi di kalangan orang yang sudah berumahtangga. Aku terpanggil untuk menulis entri ini mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.


Baru-baru ni di dalam facebook ada satu perbincangan mengenai giliran suami isteri untuk balik beraya ke kampung. Ianya bermula di mana salah seorang rakan facebook telah mendengar salah satu stesen radio mendengar panggilan pendengar radio yang meluahkan rasa terkilan hatinya setelah 26 tahun berkahwin, apabila menjelangnya 1 Syawal tidak pernah sekali pun beraya di rumah pihak isteri. Hanya balik ke rumah pihak suami sahaja sehinggakan ibu dan keluarga pihak isteri berkecil hati.


Dari pemerhatian aku, ada segelintir para suami telah menggunakan kuasa vetonya apabila di dalam perbincangan tersebut mereka menegaskan bahawa hak dan keputusan adalah di tangan suami dan segala arahan dan keputusan suami adalah muktamad. Ya.... aku tidak menafikan semua itu bahawa apabila seorang anak gadis yang telah berkahwin perlu patuh pada suami dan sememangnya syurga bagi isteri di bawah tapak kaki suami. Tetapi, tidakkah kita terfikir bahawa islam juga mengajar kita untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Bagi suami pula, bukankah taraf ibu mertua itu seperti ibu kandung juga. Apabila kaum hawa mengutarakan perkara ini, kebanyakkan kaum adam akan menjadikan hukum-hakam semata-mata sebagai perisai, tetapi tidakkah mereka menilai bahawa ajaran islam itu sebenarnya teramat indah.



Buat si suami, anda memang berkuasa tetapi berilah sedikit penghargaan kepada para isteri. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat daripada Dato' Dr Fadhilah Kamsah.
1. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
2. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
3. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
4. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
5. Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
6. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
7. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
8. Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
9. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
10.Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
11.Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
12.Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga




Oleh itu sama-sama lah kita renungkan dan mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal kali ini kita semua mendapat keberkatanNya dan kita semua dapat menyambutnya dengan bahagia bersama kaum keluarga tanpa ada yang berkecil hati. Insyallah....

Jangan lupa, balik kampung pandu kereta berhati-hati ya... Ingatlah pada insan yang tersayang sedang menanti kita untuk kegembiraan bukan kesedihan.




BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!






Monday, August 01, 2011

Jom Buat Kuah Rojak





Hari ni aku saje2 jer nk tulis entry respi kuah rojak nie...
Pada sesiapa yang nak try leh la try ek..hehehehe








Mula2 kena sediakan bahan dulu.....
Dah siap pen nagn kertas...???Ok.. leh salin ek...hehehe
Bahan2nya...

1 botol kecik kicap pekat
1 botol kecik sos cili
1 cawan cuka
1kg gula merah
100g biji bijan
Belacan sebesar ibu jari
Segenggam cili api (kalau korang suka pedas leh tambah cili api lagi)
Sedikit air
Kacang (untuk di tabur pada rojak buah)








Ok.. mula2 korang kisar cili api, belacan ngan cuka........
Pastu masukkan ke dalam periuk dan pasang api dalam keadaan sederhana.......
Kacau...









Kemudian korang masukkan kicap, sos ngan gula merah ke dalam periuk...
Kacau sampai sebati..... Ingat tau... 
Korang kena sentiasa kacau sebab tak nak kuah rojak korang jadi hangus....









Bila dah mengelegak.... korang masukkan pula biji bijan ke dalam periuk...
Pastu korang kena kacau lagi perlahan2....
Ingat..... api jangan kuat tau....








Kacau sampai biji bijan tu sebati ngan kuah rojak ....
Korang kena sentiasa kacau sebab masa ni kuah rojak akan mendidih...
Takut kalau tak di kacau kuah akan melimpah dari periuk....








Bila dah pekat boleh la korang padamkan api.....
Biarkan ia sejuk secara semulajadi.....








Pastu bolehla korang makan dengan buah-buahan...
Tak kesah la korang nak makan ngan buah ape pun....
Ikut selera korang...huhuhuhu
Nak sedap taburkan kacang di atas rojak buah...









Jeng...jeng...jeng.... 
Dah siap.... Sedia untuk di makan....hehehe


Selamat mencuba ya...!!  ^_^