Baru-baru ni di dalam facebook ada satu perbincangan mengenai giliran suami isteri untuk balik beraya ke kampung. Ianya bermula di mana salah seorang rakan facebook telah mendengar salah satu stesen radio mendengar panggilan pendengar radio yang meluahkan rasa terkilan hatinya setelah 26 tahun berkahwin, apabila menjelangnya 1 Syawal tidak pernah sekali pun beraya di rumah pihak isteri. Hanya balik ke rumah pihak suami sahaja sehinggakan ibu dan keluarga pihak isteri berkecil hati.

Buat si suami, anda memang berkuasa tetapi berilah sedikit penghargaan kepada para isteri. Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat daripada Dato' Dr Fadhilah Kamsah.
1. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
2. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
3. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
4. Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
5. Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
6. Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
7. Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
8. Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
9. Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
10.Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
11.Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
12.Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.
Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

Jangan lupa, balik kampung pandu kereta berhati-hati ya... Ingatlah pada insan yang tersayang sedang menanti kita untuk kegembiraan bukan kesedihan.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!
No comments:
Post a Comment