JUST FOR FUN ^_^

JUST FOR FUN ^_^

Friday, January 27, 2012

Himpunan Kata-Kata Mutiara.

Saja nak share kata-kata mutiara ini pada semua. Mungkin boleh di ambil sebagai renungan pada diri kita semua.



1. Jika kau merasa kecewa pandanglah ke sungai,
    Airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
    Jika kau merasa sedih pandanglah ke langit,
    Kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu.

2. Kadang kala sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita dan kala itu kita hanya pasrah.

3. Cinta kepada bunga, bunga akan layu,
    Cinta kepada manusia, manusia akan mati,
    Cinta kepada Allah, adalah cinta abadi.

4. Hanya memerlukan seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi mengambil waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

5. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

6. If sweet thought can make the world,
    A more beautiful place,
    I wish lots of them for you on positive thiking day.

7. Apabila anda kaya, fikirlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

8. Baik kaya adalah kaya hati,
    Sebaik-baik bekal adalah taqwa,
    Seburuk-buruk buta adalah buta hati,
    Dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.

9. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

10. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, di baling dengan batu di balas dengan buah.

11. Barang sesiapa takut kepada Allah S.W.T. nescaya tidak akan dapat di lihat kemarahannya, dan barang sesiapa takut kepada Allah S.W.T. , tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

12. Hidup tenang di peroleh jika sentiasa bersama Allah, dan Allah hanya akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.

13. Hidup perlu pengorbanan,
      Pengorbanan perlukan perjuangan,
      Perjuangan perlukan ketabahan,
      Ketabahan perlukan keyakinan,
      Keyakinan menetukan kejayaan,
      Kejayaan menentukan kebahgiaan.

14. Then when you have take a decision,
      Put your trust in Allah,
      Certainly, Allah love those put their trust in Him.

15. Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda, ucapkanlah 'LAILAHAILLALLAH'.
   




No comments:

Post a Comment