Tanggal 4 Mac 2010 @ 8.30 malam.... Satu tarikh keramat buat aku sekeluarga apabila insan yang amat kami sayangi pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tak ku duga dalam usia 58 tahun abah meninggalkan kami selama-lamanya.... Sebelum pemergiannya abah sihat.... cuma 3 hari sebelum tu abah demam. Tapi aku redha... Allah lebih sayangkannya.....
Teringat aku ketika itu, aku sedang mengandungkan 6 bulan anak ke-3 dan adik ke-3 ku pula ketika itu sedang mengandungkan 9 bulan anak sulungnya. Bagai batu terhempas ke dada kurasakan bila mendapat panggilan dari emak mengatakan abah sudah tiada... Sesak nafasku..... gelap juga pandanganku. Aku menangis semahu-mahunya. Sewaktu itu aku berada di Terengganu tinggal bersama suamiku di sana....Malam itu juga aku bergerak pulang ke Perak menziarahi abah untuk kali terakhir.....
Paling terkilan......lagi 2 bulan majlis pernikahan adik ku yang ke-2 akan di langsungkan...Abah pergi di jemput Ilahi. Hanya aku dan adik ku ke-3 sahaja yang sempat abah nikahkan.....
Gambar dia atas di ambil sewaktu abah mewalikan pernikahan adik ku yang ke-3.
Pada majlis pertunangan adikku yang ke-2, Abah sempat menjadi tuan rumah menyambut bakal besannya.
Abah juga yang bertungkus lumus memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar....
Abah memang seorang yang amat tegas dan penuh dengan disiplin....
Aku ingat bagaimana waktu aku sekolah dulu kalau lambat bangun.....pasti rotan akan hinggap di badan.
Tapi sebenarnya abah adalah seorang yang amat penyayang....... cuma itu mungkin cara dia untuk mendisplinkan anak-anaknya. Biasa la, bekas persara askar katakan....hehehehe
Tapi kalau nak tengok abah senyum memang susah... Ramai orang kata muka abah aku garang....
Tapi memang pun...hehehehe.... kadang-kadang aku pun takut nak tengok muka dia....
Tapi sebenarnya abah aku seorang yang sangat baik hati....
Memang susah kalau nak tengok abah gelak macam nie.....
Aku rindu dengan hilai tawa abah.....waktu abah marah aku kalau aku buat salah..... muka garang abah....
tapi hati baik.... ^_^
Aku Rindu Abah.... Aku sayang Abah....
Al-Fatihah.....
ALLAHYARHAM
ABDULLAH SANI BIN MOHD ALI
(23 Mac 1952 - 04 Mac 2010)
syg abah...al-fatihah..
ReplyDelete