Anak-anak adalah permata yang mewarnai hidupku......
Tanpa anak-anak ku rasakan hidupku suram dan kosong....
Aku sanggup lakukan apa saja demi kebahgiaan mereka.....
Aku telah di kurniakan 3 orang cahaya mata.....
Dua orang putera dan seorang puteri......
Meh aku kenalkan permata hatiku......
Ok yang sulung ku beri nama Muhammad Amirul Iskandar... tapi kat rumah aku panggil dia Along jer...
Berusia 6 tahun tapi mulutnya macam bertih jagung, kalau sekali dapat bercakap dia jer yang betul. Paling aku tak tahan kalau dia dah start buat wrestling...jangan kata adik, dengan aku sekali dia wrestlingnya...
Sakit ooo... ala hero mama sorang nie....
Yang ni pulak puteri tunggalku yang sweet.....Namanya Nur Amira Syarmimi .....tapi aku panggil dia Kak Nyah jer...biasalah, kakak kan.... Umurnya 5 tahun. Tak banyak jarak tahun dengan Along tapi yang sorang ni pulak kuat merajuk. Kena tergur sikit mula la, dia pergi la ceruk mana-mana pun yang boleh dia menyelit....belakang pintu ke.....belakang sofa ke... tepi almari ke.... dalam almari pun jadi nak tunjuk protes....huhuhu..... Jenuh nak memujuk. Bukan jenis makan saman sorang nie....
Dan yang ini pula manja aku yang kecik sekali..... Aku berikan nama Muhammad Ammar Syafi....dekat-dekat dengan nama abang dan kakaknya sikit-sikit. Nama ni aku beri kerana banyak ertinya sepanjang aku kandungkan dia dulu (biarlah hanya aku yang tahu). Aku panggil dia Adik kadang-kadang Syafi....ikut mana dan la.... Umurnya baru 10 bulan tapi dah boleh berjalan. Baru dapat kaki (jalan jatuh). Yang ni pun tak padan dengan kecik hajat nak jadi 'tuan besar'....hehehehe. Mainan yang paling dia suka bola. Dari sekecil-kecil bola sampai la sebesar-besar bola ada untuk dia kat rumah. Mana taknya.... kalau aku berjalan ke kedai dengan dia, jangan la bagi dia pandang bola.....kalau tak alamatnya mengelejat la dia suruh ambik bola. Tak beli karang aku yang tak sampai hati. Beli jugak la.....huhuhuhu
Biarlah aku tiada harta dunia.....
asalkan harta akhirat yang aku tatang bagai minyak yang penuh ni dapat mendoakan aku di akhirat sana kelak....
Insyallah.....
Tiada yang lebih bermakna daripada melihat anak-anak bahagia......
Dan terjamin masa depan mereka.....
Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak menderita.....
Aku akan cuba beri yang terbaik demi mereka......
Kerana aku sayang mereka.......
Mama sayang Along.....
Mama sayang Kak Nyah.....
Mama sayang Adik......
Mama sayang semua permata hati mama.........
No comments:
Post a Comment