Rasa macam tak pecaya saja aku pada asalnya boleh dikatakan lemah sikit mengenai komputer . Kalau boleh pon hanya basic yang tak seberapa. Apa lagi internet yang orang gelarkan "Dunia Tanpa Batasan" yang aku tinggalkan bertahun-tahun lamanya. Baru semenjak dua ni aku mula berjinak-jinak kembali dengan gajet yang dah lama aku tinggalkan.
Banyak perkara yang aku lupa dan banyak juga perkara yang aku harus belajar. Di sebabkan rasa ingin tahu dan mahu belajar aku mencari "GURU" yang boleh dan sudi mengajar aku. Belajar tak semestinya kita harus masuk kelas, pergi kolej atau universiti baru boleh belajar. Selagi ada kemahuan dan kesungguhan untuk menuntut ilmu kita boleh usahakannya. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".
Apa-apa pun keputusan dan pilihan ada pada diri kita sendiri. Bukanlah aku berniat nak membangga diri cuma berkongsi pandangan dan pendapat.Ianya terpulang pada pendirian masing-masing. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita mudah-mudahan yang baik dapat dicontohi ahli keluarga. Sekian dulu dari aku untuk semua. Mohon maaf andai kata ada tersilap kata tersalah bahasa terguris rasa.
Insya Allah ada masa lain kali kita bersua lagi. Wassalam... ^_^
No comments:
Post a Comment