Anakku....
Andai kau tahu betapa besarnya kasihku padamu
Betapa dalamnya cintaku untukmu
Tidak terhitung sayangku padamu
Andainya nyawaku jadi taruhan
Tanpa teragak sanggup ku gadaikan
Anakku....
Ketika kau ku kandung
Perut ku gendong
Ku belai ku usap dikau
Walau tidak dapat ku sentuh
Hatiku dan hatimu bertaut
Di ikat dengan kasih sayang yang tiada terputus
Anakku...
Saat kelahiranmu tiba
Sakit yang ku rasa tidak terkata
Hati berasa hiba kerana tidak sabar untuk menatapmu buat kali pertama
Walaupun ku bertarung nyawa
Tidak ku hiraukannya
Untuk nikmat kau melihat dunia
Anakku....
Pabila kau meningkat dewasa
Adakah aku akan kau lupa
Di biarkan sendiri tanpa berita
Sengsara merindui anak yang jauh di sana
Tanpa menjengah bertanya khabar
Ibumu menunggu penuh sabar
Menantikan akan ada sinar khabar
Anakku....
Ketahuilah olehmu
Tiada yang lebih bermakna
Melainkan anugerah memilikimu
Bukan wang dan harta yang ku tunggu
Bukan juga balasan pengorbananku mendidik dan membesarkanmu
Cuma ingatlah bahawa aku adalah IBUMU.....
Nukilan Khas Buat Anak-Anak Mama
**Amirul, Amira dan Ammar**